Search This Blog

Monday, September 27, 2010

PROGRAM RAKAN MUDA BERSAMA NGO (KHIDMAT MASYARAKAT)

Kapit:15-17 September 2010. Seramai 20 orang ahli Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Ngiang, Sg Majau, Kapit iaitu kira-kira 2 jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda melalui jalan balak. Mereka telah bersama -sama lebih kurang 130 orang penduduk rumah panjang melaksanakan khidmat mengecat rumah selama satu hari.Rombongan ini telah di ketuai oleh Pegawai Belia dan sukan Bahagian Kapit iaitu En. Jack Janda Anak Pioh.Banyak aktiviti telah dilaksanakan selanin mengecat rumah seperti malam keilmuan(malan pertama) yang telah disertai oleh ceramah dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dan Pejabat Kesihatan Bahagian, sukaneka bersama penduduk dan malam kebudayaan.Semua aktiviti ini telah memberi impak yang baik kepada peserta.







No comments:

Post a Comment