Search This Blog

Friday, September 3, 2010

AKTIVITI RAKAN MUDA PUSAT SIBER-SMK SELIRIK

Kapit: 21 Ogos 2010: Seramai 40 orang pelajar SMK Selirik telah mengikuti Program Mereka Cipta Laman Web di Pusat Kegiatan Rakan Muda Kapit. Rombongan pelajar ini telah di ketuai oleh Cikgu Faizul, mereka telah menghabiskan masa selama satu hari untuk mempelajari teknik mereka cipta laman web. Tenaga pengajar ialah En. Yek Leong daripada GC. Com iaitu sebuah pusat siber yang terdapat di Kapit. Selain itu para pelajar telah di daftar sebagai ahli rakan muda dan telah mendapat kad keahlian rakan muda daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian kapit. Semua perbelanjaan telah diberikan secara percuma.

No comments:

Post a Comment