Search This Blog

Sunday, September 5, 2010

AKTIVITI PUSAT SIBER: SMK KAPIT

Kapit: 14 Ogos 2010: Seramai 40 orang pelajar tingkatan 6 Rendah SMK Kapit telah mengikut program merekacipta lawan web anjuran Pusat Kegitan Rakan Muda yang dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Pusat Kegiatan Rakan Muda ini terletak di tingkat 2, Lot 556, Jalan Penghulu Nyanggau, 96800 Kapit iaitu blok kedai bersebelahan dengan Tadika Chung Hua.(Bulatan Kenyalang) Pusat ini beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Disamping mengikut program merekacipta lawan web pelajar juga berpeluang mendaftar sebagai ahli Rakan Muda di mana mereka mendapat kad keahlian Rakan Muda secara percuma. Pegawai Rakan Muda Pejabat ini ialah Cik Jojo Anak Tehan manakala pelajar SMK Kapit diketuai oleh guru pengiring iaitu En. Yek Leong.

No comments:

Post a Comment