Search This Blog

Monday, September 27, 2010

PROGRAM RAKAN MUDA BERSAMA NGO (KHIDMAT MASYARAKAT)

Kapit:15-17 September 2010. Seramai 20 orang ahli Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Ngiang, Sg Majau, Kapit iaitu kira-kira 2 jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda melalui jalan balak. Mereka telah bersama -sama lebih kurang 130 orang penduduk rumah panjang melaksanakan khidmat mengecat rumah selama satu hari.Rombongan ini telah di ketuai oleh Pegawai Belia dan sukan Bahagian Kapit iaitu En. Jack Janda Anak Pioh.Banyak aktiviti telah dilaksanakan selanin mengecat rumah seperti malam keilmuan(malan pertama) yang telah disertai oleh ceramah dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dan Pejabat Kesihatan Bahagian, sukaneka bersama penduduk dan malam kebudayaan.Semua aktiviti ini telah memberi impak yang baik kepada peserta.







FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN P.215 KAPIT DAN P.216 HULU REJANG

Sunday, September 5, 2010

PROGRAM REKREASI LUAR TAHAP 1

Kapit:29 Ogos 2010: Seramai 40 orang pengiat rekreasi Bahagian Kapit telah berkampung pada 27-29 Ogos 2010 di Ng. Mujong kira-kira 30 km iaitu 40 minit perjalanan dengan kereta dari pekan Kapit. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan ini telah mendapat kerjasama dari Penggerak Rekreasi yang di ketuai oleh Cikgu Morgan Indam, Cikgu Jimmy Ajak dan Cikgu Andrew Ngalai. Para peserta telah di dedahkan dengan asas-asas perkhemahan dan cara kehidupan di dalam hutan dan sungai. Di kesempatan ini juga telah di adakan aktiviti sukan lumba boat laju. Langkah keselamatan di sungai telah di pelajari oleh peserta. Gelima Racing Team telah bebesar hati telah memberikan uji pandu boat laju 30HP engine kepada peserta.

AKTIVITI PUSAT SIBER: SMK KAPIT

Kapit: 14 Ogos 2010: Seramai 40 orang pelajar tingkatan 6 Rendah SMK Kapit telah mengikut program merekacipta lawan web anjuran Pusat Kegitan Rakan Muda yang dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Pusat Kegiatan Rakan Muda ini terletak di tingkat 2, Lot 556, Jalan Penghulu Nyanggau, 96800 Kapit iaitu blok kedai bersebelahan dengan Tadika Chung Hua.(Bulatan Kenyalang) Pusat ini beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. Disamping mengikut program merekacipta lawan web pelajar juga berpeluang mendaftar sebagai ahli Rakan Muda di mana mereka mendapat kad keahlian Rakan Muda secara percuma. Pegawai Rakan Muda Pejabat ini ialah Cik Jojo Anak Tehan manakala pelajar SMK Kapit diketuai oleh guru pengiring iaitu En. Yek Leong.

Friday, September 3, 2010

AKTIVITI RAKAN MUDA PUSAT SIBER-SMK SELIRIK

Kapit: 21 Ogos 2010: Seramai 40 orang pelajar SMK Selirik telah mengikuti Program Mereka Cipta Laman Web di Pusat Kegiatan Rakan Muda Kapit. Rombongan pelajar ini telah di ketuai oleh Cikgu Faizul, mereka telah menghabiskan masa selama satu hari untuk mempelajari teknik mereka cipta laman web. Tenaga pengajar ialah En. Yek Leong daripada GC. Com iaitu sebuah pusat siber yang terdapat di Kapit. Selain itu para pelajar telah di daftar sebagai ahli rakan muda dan telah mendapat kad keahlian rakan muda daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian kapit. Semua perbelanjaan telah diberikan secara percuma.

Klinik Bola Jaring Bahagian Kapit

Kapit: 15 Ogos 2010- Satu program Klinik Bola Jaring telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Persatuan Bola Jaring Bahagian Kapit di Padang Bola Jaring perkarangan Dewan Suarah Kapit pada 14-15 Ogos 2010. Seramai 50 orang penggiat sukan bola jaring telah mengikuti program ini yang berumur 15-35 tahun. Mereka telah berjaya menjalani klinik ini dengan jayanya. Ketua fasilitator klinik ini ialah Puan Moonly Tiang dari Persatuan Bola Jaring Bahagian Kapit dan di selaraskan oleh Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit Cik Jojo Anak Tehan. Majlis Penutup telah di lakukan oleh En. Jamit Ajok, Pegawai Pelajaran Daerah Kapit.